Ahad, 21 Disember 2008

Pengasas TNPOD 8581

SCDM Hjh Safiah Yusof dan SCDM Hj Jamsari Mokhtar


Pada mulanya pembabitan dalam dunia perniagaan Jualan Langsung (MLM) hanya sekadar ingin mendapat pendapatan sampingan, akan tetapi pada bulan pertama pembabitannya dalam perniagaan tersebut dia suadah memperoleh pendapatan lebih Rm 4 ribu dan mengejutkan dirinya adalah apabila masuk bulan ke tiga pendapatan yang diperoleh dari jualan pakaian dalam tersebut sudah mencecah ke lima angka.


Melihat perkembangan yang positif ini, Safiah mula mengambil keputusan nekad untuk melibatkan diri terus dalam bidang MLM di bawah syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd sehinggakan sanggup meninggalkan kerjaya yang selesa dalam bidang pendidikan semata-mata untuk memberi tumpuan sepenuh masa pada perniagaan produk pakaian dalam dari jenama Beautiful.



Produk Keller: Premium Beautiful


“Setelah tujuh tahun jadi guru tahun 2002 saya berhenti 24 jam untuk terlibat sepenuh masa. Saya sebenarnya dah lama terlibat dalam MLM, dah lebih dari 20 syarikat jualan langsung pernah saya sertai namun produk pakaian dalam ini adalah yang paling berkesan dan mendapat sambutan. Bulan pertama jual saya dah dapat dalam RM4 ribu dan paling mengejutkan bulan keempat pendapatan saya dah mencecah RM14 ribu sebulan. Bila lihat pencapai ini saya jadi tak ragu-ragu untuk berhenti kerja dan memulakan bidang kerjaya baru.” Ujar Safiah.


Jelasnya lagi, manfaat perniagaan MLM ini tidak hanya dipendamkan sendirian, Safiah turut sekali menarik suami dan juga adik beradiknya yang lain untuk terlibat dalam perniagaan yang sama.


Gambar keluarga SCDM Hjh Safiah Yusof

“Suami yang pada mulanya terkejut dengan tindakan saya beli Beautiful ini pun akhirnya terlibat sekali perniagaan ini. Dia turut meniggalkan bidang kerjayanya sebagai penyarah di salah sebuah IPT untuk bersama dengan saya memantapkan lagi perniagaan. Turut sekalisaya tarik adalah adik beradik saya. Mereka dah lihat bukti kejayaan saya di depan mata jadi mereka tak waswas untuk mebabitkan diri. Sekarang tiga adik beradik saya dan suami saya sudah pun bergelar CDM dan punya kereta Merc sediri. Kami dah cipta rekod dalam syarikat bila 4 adik beradik jadi CDM,” ujar Safiah lagi.


CDM Suhaila Yusof dan CDM Azmir Abul Aziz

CDM Suhaili Yusof dan CDM Sazali Mohamad